Forever Young

\Cinta Sejati Part1/
Thursday, 26 April 2012 ? 0 Atashinchi ?
Hye assalamualaikum semua. Today rasa macam nak create satu story la. Entah kenapa idea boleh keluar pulak time time macam ni. Tapi kalau cerita yang kita reka ni tak menarik jangan komen apa apa okay. Senyap je tau n.nY And before baca tu sediakan tissue dulu tau. Mana la tahu ada yang menangis ke kan? :p Okay, jom mula.

                                  .............................................................................
Part 1 :

Farisha dan Naqib adalah sepasang kekasih yang sangat romantik. Mereka mula mengenal hati masing masing sejak dari bangku sekolah lagi. Farisha seorang yang lembuh lembut dan baik hati orang nya. Manakala Naqib pulak seorang lelaki yang macho lagi stylo. Ramai wanita dari sekolah mereka cemburu akan Farisha kerana Farisha memiliki seorang kekasih hati yang bernama Naqib yang selalu digilai ramai wanita. Tetapi hati Naqib hanya pada Farisha seorang. Itu lah yang dinamakan 'Cinta Sejati' Pada suatu petang yang hening, Farisha dan Naqib duduk berdua duaan di bawah satu pokok sakura yang terdapat di Tasik Permaisuri. Di situ la tempat kesukaan Farisha dan juga Naqib.....

Farisha ; Awak, awak sayang saya tak? *sambil pandang muka Naqib*

Naqib ; Gila saya tak sayang awak? Awak la 'Cinta Pertama' saya dan awak la 'Cinta Sejati' saya.                Kalau awak nak tahu kan, saya sayang awak sepenuh hati saya tau. Betul, saya tak tipu                  *sambil kenyit mata*

Farisha ; Awak ni mengada ngada kan, saya tanya betul betul ni. Isyhh *cubit pipit Naqib*

Naqib ; Betul la sayang, saya tak tipu. Pernah ke saya tipu awak sebelum ni? Tak pernah kan?                    Kenapa awak cakap macam tu hah? *pegang tngan Farisha*

Farisha ; Takde pape la awak, saya saja nak tanya je :)

Begitu kuatnya cinta Naqib terhadapa Farisha. Mereka telah bersama selama 3 tahun 9 bulan. Mereka telah menempuh pelbagai dugaan dan ujian yang Allah telah berikan kepada mereka. Tetapi mereka tabah menjalani semua dugaan itu sehingga habis menyelesaikan kesemua masalah di antara mereka. Kedua dua keluarga mereka tahu dan restu akan hubungan mereka. Sebenarnya Farisha menghidap satu penyakit yang amat teruk iaitu Barah Otak sejak dia berumur 14 tahun lagi. Naqib tidak tahu akan hal ini kerana Farisha sendiri tidak memberitahu nya. Dia tidak mahu Naqib risau akan kesihatan nya. Pada hari khamis malam jumaat Farisha menghantar pesanan ringkas kepada Naqib........

'Hye, assalamualaikum cinta. Awak sihat hari ni? Awak, saya rindu sangat dekat awak. Besok kita tak dapat jumpa sebab saya ada hal mustahak. Sorry yee sayang. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa yee. Awak jangan pernah lupakan saya tau. Saya sayang awak sangat sangat Naqib, sayang sangat. Awak jaga diri tu yee. Saya pergi dulu, Assalamualaikum'


*hp Naqib bergegar*


*pesanan ringkas dari Farisha* 


Lalu, Naqib terus membalas pesanan ringkas tersebut....


'W'salam cinta sejati ku... Hehe.. Saya sihat alhamdulillah. Awak sihat sayang? Mustahak sangat ke hal awak tu? Saya nak sangat jumpa awak :( Kalau awak nak tahu saya lagi la rindu dekat awak tau sayang. Rindu nak tengok mata sepet awak tu. Tapi takpela, hari jumaat nanti kita jumpa okay? Tempat biasa, tempat kita, dekat Tasik tu yee sayang? Saya tunggu tau. Farisha, saya tak akan pernah lupakan awak sayang. Awak jangan tinggalkan saya okay? Awak pun jaga diri yee. Kalau ada apa apa hal text saya yee. Bye, w'salam.'


Malangnya, Naqib tidak tahu akan keadaan Farisha pada kala ini. Farisha telah ditempatkan di wad ICU di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada keesokan hari nya iaitu pada hari jumaat, Farisha akan menjalani pembedahan. Semua ahli keluarga nya amat risau akan keadaan tersebut. Mereka hanya mampu berdoa semoga pembedahan terhadap Farisha akan berjalan dengan lancar. Mudah mudahan.


Pada keesokan harinya......................


                                                                                    Bersambung, Assalamualaikum.


Thanks for reading :)




. Newer Post