Forever Young

UiTM Dungun Terengganu :)
Tuesday 20 November 2012 ? 0 Atashinchi ?

Hai Assalamualaikum. Dah lama tak update blog. So, today terasa macam nak update satu entry tentang 'UiTM Dungun Terengganu' Hah, UiTM Dungun Terengganu? Kenapa nak update pasal UiTM ni? Okay, sekarang ni result untuk sec intake dah keluar kan? Kampus pun dah di tetap kan jugak kan? So, aku dapat UiTM Dungun Terengganu ni la. Oh my oh my oh my oh myyyy.Memang tak sangka la dapat jauh2 ni. Ingat kan dapat dekat je kan, rupa2 nya, hah ambik kau, Terengganu tu hah dia anta. Tapi kita tak sama dengan bff kita Iqa tu, dia dapat dekat Sg Petani, Kedah :( Em, takpe la. Mana2 tempat pun sama jugak. Janji mesti belajar bersungguh2 kan kan? :) And berita paling gembira bagi aku, bf aku si Faez tu sama tempat dengan aku. Alhamdulillah sama jugak kampus dengan dia. At least dekat sana ada la jugak orang jaga aku. I mean orang yang boleh bagi aku semangat, boleh belajar sama2 dengan aku. Kan sweet tu. Hahahaha.

1/12/2012 dah kena daftar dah. Act hari sabtu kena daftar, tapi family aku gerak hari jumaat pagi tu. Maybe stay dekat Kuantan rasanya. Rasanya la kan. Tak confirm lagi macam mana. And yang paling best, hari jumaat tu, fkita orang gerak pergi sekali dengan family Faez. Fuhhhh, excited k. Tak sabar pulak. Hahaha. Act mama Faez la nak gerak sekali dengan family aku. Parent aku okay je. Dorang sporting. Hari tu masa dekat meja makan, ibu tanya aku, kawan kau yang nak gerak sekali dengan kita tu laki ke perempuan. Laju je aku cakap laki. Abah aku dengan ibu aku pandang aku tersengih2. Haha. Agak2 dorang tahu tak yang 'KAWAN' aku tu sebenarnya 'BOYFRIEND' aku? Hehe. Abah dah tahu dah yang aku punya bf sama kampus dengan aku. Along la yang bagi tahu -.- Mesti nanti abah syak yang Faez tu bf aku kan? Haha. Habis la awak Feaz :p

Da la hari jumaat nanti family aku dengan family Faez stay satu rumah. Kitaorang sewa banglo untuk sehari, RM120 je. Wowwww, seram sejuk pulak aku. Kakak aku cakap nanti dia nak interview Faez. Isyh, jangan la Angah, malu la dia nanti. Hehehe. Aku tak dapat bayang kan macam mana nanti parent aku borak dengan parent Faez. First time kot. Ahh, relax jela. At least nanti family aku kenal la kan family dia. Nanti kalau nak pergi rumah dia pun senang, sebab parent aku dah kenal dia :D Now, tak sabar nak masuk belajar balik. Excited ada, takut ada. Semua ada la. Hope dekat sana aku dengan Faez selamat la dekat sana. Yela, negeri orang kan. Da la jauh dengan family. And aku harap aku dengan Faez okay je study dekat sana and aku harap sangat2, hubungan aku dengan Faez okay je dekat sana :D

Btw, goodluck untuk sape2 yang dapat sec intake tu. Yang dapat jauh2 tu, jaga diri, belajar rajin2 and paling penting jangan buat hal dekat negeri orang tau. And untuk UiTM Dungun Terengganu, please be nice to me and Faez okay? Arghhh, tak sabar nya. Da la UiTM Dungun tu sebelah pantai je. Memang best la kan. So, now nak pack barang2 nak pergi Terengganu nanti. Hehehe. Excited bebonar :D Byebye. Assalamualaikum 


Thanks for reading :)




Older Post